Tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibu bapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak dipedulikannya. Kerjanya pula sehari-harian hanyalah memasang angan-angan. Maka seluruh daerah itu amat mengenali tabiat dan perangainya itu sehinnga menjadi buah mulut orang.
Pada suatu hari,Mat Jenin sedang berjalan di kampungnya dan ternampak seorang budak lelaki yang menangis kerana dia hendak mengambil sebiji buah rambutan di atas pokok tetapi dia pendek.Mat Jenin berasa kasihan untuknya.Dia hendak menolong budak lelaki itu.
Mat Jenin memanjat pokok itu dan mengambil sebuah rambutan.Selepas itu,dia takut hendak menurun dari pokok itu.Dia terjatuh dan kepalanya berdarah.Budak lelaki itu sangat takut.Dia memekik untuk tolong.Tidak lama kemudian,seorang lelaki datang dan menolong Mat Jenin.
Mat Jenin berterimah kasih kepada budak lelaki itu dan memberinya rambutan yang dia hendak itu.Budak lelaki itu berasa sangat gembira.Mat Jenin berpulang ke rumahnya lalu bersenyum...
Wednesday, July 23, 2008
Mat Jenin
Posted by Mohd Arif at 5:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment