CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 17, 2008

Karangan Saya

Saya sedang belajar di dalam bilik. Adik sedang menonton televisyen. Ibu sedang memasak dan Ayah sedang membaca suratkhabar. Tiba-tiba,pintu diketuk. Saya membuka pintu dan ternampak seorang lelaki. Dia berkata yang dia di sini untuk melihat bilik-bilik kami.
Ibu mengizinkannya untuk memasuk. Pertama sekali,dia memasuk ke bilik saya. Lima minit kemudian,dia keluar dan memasuk ke dalam bilik Ibu saya. Tidak lama kemudian,dia keluar dan berterimah kasih kepada ibu untuk mengizinkannya untuk masuk dan melihat bilik kami.
Apabila saya masuk ke dalam bilik saya, saya mendapati PSP saya telah dicuri!Saya memekik kepada Ibu dan Ibu cepat-cepat menelefon polis.Tidak lama kemudian,polis datang dan menangkap pencuri itu. Mereka hantar dia ke Balai Polis.
Seorang polis menasihati kami supaya tidak mengizinkan siapa-siapa yang kita tidak kenal untuk memasuk ke rumah kami. Saya berasa gembira kerana saya mendapat PSP saya balik. Lain kali,saya tidak akan mengizinkan siapa-siapa yang saya tidak kenal ke dalam bilik saya. (161 patah perkataan)

0 comments: